Tuesday, June 26, 2007

Kebersihan Satu Keutamaan

MENJAGA kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian. Kebersihan menjadi manifestasi keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”

Dalam konteks kebersihan diri, bukan hanya setakat kebersihan luaran, tetapi merangkumi kebersihan hati nurani. Bebas daripada perkara2 yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa termasuk perbuatan mensyirikkan Allah.Sebagai hamba Allah, kita hendaklah mengabdikan diri kepadaNya setulusnya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Kebersihan hati , bermula daripada permakanan kita .Apa yang dimakan akan membentuk peribadi kita. Awasilah agar makanan yang dimakan adalah bersih daripada segi fizikal,iaitu bersih dari bahan tercemar seperti bahan pengawet, sakibaki racun serangga yang disembur pada sayuran dan buah2an .Keadaan atau rupa bentuk bahan makanan itu sendiri mestilah masih segar dan meyakinkan kita bahawa apa yang dimakan nanti akan memberi manaafaat kepada tubuh.

Sebelum meyediakan makanan , jaga kebersihan diri, barang2 penyediaan makanan, persekitaran dan air yang diguna mestilah bersih.Mengabaikan kebersihan bermakna kita dengan sengaja mengundang pelbagai penyakit seperti cirit-birit dan keracunan makanan.

Sumber makanan itu mestilah bersih dari kontek rohnya .Dibeli atau didapati dengan cara yang dianjurkan ,halal.Kebersihan itu melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah.

No comments: